Friday, March 19, 2010

Syair Madah Cumbuan , 1890

Buku ' Sj'air Midah Tjoemboewan , Tersalin dari pada hoeroeff 'arab serta disahkan karangannja, Tertlahirkan di Bandar Batawi oleh Alex Regensberg , 1890 ' ( Syair Madah Cumbuan ? ) didapati dari carian archive.org. Buku ini dicetak dalam tulisan rumi bahasa melayu Jawa , disalin dari buku tulisan jawi ( juga merupakan salinan dari buku yang lain ) .

Buku Syair Madah Cumbuan ini mengandungi dua syair iaitu:
  • Sj'air Taman Sari ( iaitu Syair Mimpi )
  • Sj'air Bajan Birahi ( Syair Bayan Berahi )



Sunday, March 14, 2010

Hikayat Pelanduk Jenaka, 1893

Hikayat Pelanduk Jenaka ini terbitkan pada tahun 1893 oleh H. C. Klinkert. Hikayat ini ialah yang kedua tersalin daripada naskah lain . Buku ini perlu dibaca dari belakang ke depan kerana ditulis dalam tulisan Jawi. Klik di SINI untuk download.


Saturday, March 13, 2010

Hikayat Abdullah, 1874

Buku ' Translations from the Hakayit Abdulla ( bin Abdulkadar ), Munshi ' ini diterbitkan pada tahun 1874 . Buku ini diterjemah oleh J. T. Thomson, F. R. G. S. ke dalam bahasa Inggeris dari karya asal Hikayat Abdullah oleh Abdullah bin Abdul Kadir, Munshi yang ditulis dalam tulisan Jawi.


Hikayat Si Miskin, 1897

Buku Hikayat Si Miskin ini diterbitkan pada tahun 1897. Pendahuluan ditulis oleh J. S. A. van Diessel dalam bahasa Belanda. Hikayat ini ditulis dalam tulisan Jawi dan perlu dibaca dari belakang ke depan.


Malayan Literature : Comprising Romantic Tales, Epic Poetry and Royal Chronicles, 1901

Buku Malayan Literature ini diterbitkan dalam tahun 1901 ( revised edition ) . Pendahuluan khas ditulis oleh Chauncey C. Starkweather, A. B. , LL. B . Buku ini mengandungi :
  • The Epic of Bidasari ( Syair Bidasari ) yang terdiri dari 6 buah lagu
  • Sedjaret Malayou ( Sejarah Melayu )
  • The Princess Djouher Manikam ( Puteri Jauhar Manikam )
  • Makota Radja-radja ( Mahkota Raja-raja )




Untuk download buku ini , sila klik tajuk buku dalam frame book reader di atas.

Friday, March 12, 2010

Syair Ken Tambuhan, Ali Mustatir, 1856

Satu lagi buku sejarah lama untuk dikongsikan dengan semua pengunjung blog ini . Buku ini mengandungi Syair Ken Tambuhan yang diterbitkan pada tahun 1856. Pendahuluannya ditulis dalam bahasa Belanda oleh Dr. J. J. De Hollander. Buku ini perlu dibaca dari muka surat belakang ke depan kerana ditulis dalam tulisan Jawi. Syair ini terdiri dari 1232 ayat.

Buku ini telah didigitized oleh Google dan boleh didownload. Klik di SINI untuk download.