Tuesday, June 8, 2010

Kisah Burung Jerijit

Pada suatu pagi Jumaat, 3o April , ada sepasang burung jerijit berkicau-kicauan di atas tali di mana pokok anggur yang dah 4 tahun ditanam ( tapi tak berbuah jugak ) memanjat. Tali tersebut betul-betul terletak di depan sliding doors kat ruang tamu.

Keesokan harinya, 1 Mei ( 10.40 pagi ) nahh... ada rumput-rumput kering dan daun-daun kering berjuntaian pada sulur pokok anggur ( bukan pada tali...! ?? ) .


Setelah beberapa ketika, diperhatikan burung yang berkicau-kicauan semalam tu, sedang membuat sarang..kisahnya. Rupa-rupanya semalam tu tengah mesyuarat, kat mana nak bina sarang yang sesuai dan selamat.


Selepas beberapa hari, 6 Mei , 4.01 petang, sarangnya dah kelihatan macam siap dah. Ada pintu, ada awning sikit atas pintu tu dan bahagian bawah sarang ada hiasan berambu-rambu, mungkin untuk tengok arah tiupan angin supaya ibu burung boleh landing tepat pada sarangnya atau nak bagi sarang tu 'balance' sikit. Mungkin....

Selepas seminggu, ibu burung kelihatan berada dalam sarangnya pada waktu siang dan malam. Off course la sekali-sekala dia keluar cari makan. Biasanya kalau intai dari sliding doors tu,pukul 7.00 pagi, dia dah tak ada, pergi breakfast agaknya. Dah mula bertelur , mungkin sedang mengeram telur-telurnya ( berapa biji...cuba teka ) . Gambar kat bawah ni diambil pada 10 Mei, 3.53 petang.


Minggu akhir bulan Mei, tak ingat hari apa, terdengar sayup-sayup bunyi decit-decit burung. Ingatkan bunyi burung jantan, rupa-rupanya telur burung dah menetas. 28 Mei petang, semasa my sister dan anak-anaknya datang berkunjung ke rumah, saya bagitau diaorang ada burung buat sarang kat depan sliding doors kat ruang tamu tu. Masa tengah buat air teh O untuk diaorang, diaorang menjerit diaorang nampak ibu burung tengah bagi makan anaknya.


Kalau dihulurkan jari pada muka pintu sarang, anak burung akan mengeluarkan paruhnya dan mematuk-matuk jari. Diingatkan ibunya datang menyuapkan makanan. Kata orang ini burung Jerijit, makanannya madu dari bunga-bunga. Setelah diraba-raba di dalam sarangnya, rupa-rupanya anak burung tu seekor aje, anak tunggal.


Kemudian...

Maka..


begitulah


hmmm


akhirnya

No comments:

Post a Comment