Beberapa hari lepas, dengan menggunakan carian Google Book Search ,saya telah menemui satu buku lama ' A Dictionary of the Malayan Language to which is prefixed , A Grammar with An Introduction and Praxis by William Marsden F.R.S ' yang mengandungi kajian tentang Bahasa Melayu Lama. Buku ini diterbitkan pada tahun 1812.
Buku ini menunjukkan usaha mengkaji dan merekodkan Bahasa Melayu pada waktu itu dan mungkin kita hari ini terpaksa belajar Bahasa Melayu yang asal dari catatan dalam bahasa lain !!? ( Bahasa Inggeris )
Tuesday, February 23, 2010
Thursday, February 18, 2010
Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir, Munshi dari Singapura sampai ke Kelantan,1838
Buku ' Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir, Munshi dari Singapura sampai ke Kelantan' dicatat dan diterbitkan pada tahun 1838. Buku ini mengisahkan pengalaman Munshi Abdullah berlayar dari Singapura bersama-sama Grandpre dan Baba Ko An , membawa surat dari Tuan Bonham, Gabenor Singapura, untuk diserahkan kepada Raja Kelantan waktu itu. Catatan beliau meliputi pengalamannya singgah di Pahang dan Terengganu dan juga apa yang dialami beliau di Kelantan.
Dalam buku ini juga dicatatkan pantun-pantun lama dari Kelantan dan dari orang-orang laut (pelayar).
Buku ini didapati melalui Google Book Search , dan boleh di download. Buku ini telah didigitized oleh Google untuk dibaca oleh umum. Klik di untuk download

Monday, December 28, 2009
Kelantan : A State of the Malay Peninsula , 1907
Kelantan : A State of the Malay Peninsula ditulis oleh Walter Armstrong Graham. Walter Armstrong Graham merupakan " His Siamese Majesty's Resident Commissioner and Adviser to His Highness the Raja Snik bin Almorhom Sultan Ahmat "( Sultan Kelantan pada waktu itu ) . Buku ini diterbitkan pada tahun 1907 , merupakan antara catatan awal yang menggambarkan negeri Kelantan.
Sila klik 'Zoom in (+) ' untuk bacaan yang lebih jelas.
Untuk download, sila klik di
Sunday, November 22, 2009
Khasiat Betik
Betik kaya dengan vitamin A, vitamin B seperti thiamin, riboflavin dan niacin , vitamin C dan vitamin E. Betik juga mengandungi mineral seperti kalsium, besi, fosforus dan potasium. Vitamin A, C dan E serta folate yang dijumpai dalam betik didapati boleh bergabung dengan sel-sel kanser di dalam kolon ( usus besar ) dan menyingkirnya bersama sisa-sisa buangan.
Vitamin A, C dan E dengan ciri-ciri antioksidanya berguna untuk mencegah penyakit jantung, kencing manis dan arterosklerosis. Vitamin-vitamin ini juga boleh mengurangkan kolesterol kerana ianya mencegah pengoksidaan. Pengoksidaan kolesterol akan mengubahnya dan menyebabkannya boleh melekat pada dinding salur darah ( menyempitkan salur darah dan seterusnya mengakibatkan arterosklerosis dan sakit jantung ). Betik juga kaya dengan serat ( fibre ) yang dapat mengurangkan kolesterol.
Betik mengandungi enzim pencernaan iaitu papain , sama seperti bromelain yang terdapat dalam nenas. Kedua-duanya baik untuk pencernaan dan mengurangkan keradangan ( inflammation ) , sesuai untuk kecederaan yang berkaitan dengan sukan dan arthritis. Papain dan chymopapain ( komponen lain dalam betik ) juga berguna untuk merawat kesan terbakar .
Enzim papain menyerupai enzim pepsin yang terdapat di dalam perut. Betik dicerna dengan senang dan serat yang terdapat di dalamnya dapat merawat sembelit.

Khasiat Tomato

Tomato ialah sejenis buah-buahan, bukannya sayur-sayuran. Warna merah tomato menunjukkan kehadiran lycopene iaitu bahan antioksida yang boleh membantu melawan pembentukan sel-sel kanser, juga lain-lain penyakit dan komplikasi kesihatan seperti penyakit jantung. Kandungan lycopene yang tinggi dalam tomato boleh menyingkirkan radikal-radikal bebas di dalam badan.
Lycopene tidak dihasilkan secara semulajadi di dalam badan manusia, jadi ia perlu diambil melalui pemakanan. Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran lain juga mengandungi lycopene ,tetapi ianya tidak setinggi seperti yang terdapat dalam tomato.
Untuk mendapatkan khasiat penuh lycopene, kita memerlukan sekurang-kurangnya 540 mililiter produk cecair tomato. Ini bermakna segelas jus tomato mempunyai potensi untuk memberi kesihatan yang baik kepada individu. Tomato boleh diambil dalam bentuk jus, sebagai salad atau ulam, juga boleh dimakan seperti buah-buahan yang lain. Jangan biarkan tomato dijadikan hanya sebagai hiasan di dalam hidangan anda !!
Thursday, November 5, 2009
Kepentingan Warna Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Buah-buahan dan sayur-sayuran biasanya merupakan pilihan terakhir dalam setiap hidangan, terutamanya bagi kanak-kanak. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber vitamin , garam-mineral serta pelawas yang penting dalam mengekalkan taraf kesihatan yang baik.
Selain dari segi kuantiti pengambilannya, warna buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan juga patut diberi perhatian. Buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna yang berbeza, mempunyai kombinasi nutrien dan bahan fitokimia dengan manafaat kesihatan yang berlainan. Semakin banyak warna yang ada dalam setiap hidangan, semakin banyak ciri-ciri pemakanan yang baik untuk kesihatan.
Contoh buah-buahan dan sayur-sayuran bagi setiap kumpulan warna :
- Merah - Tomato , tembikai , jambu merah , ceri , strawberi
- Oren / Kuning - lobak merah , mangga , oren , betik , nenas , labu , ubi keledek , jagung , limau
- Hijau - Sawi , kangkung , mentimun , bayam , kubis , kacang pea hijau , brokoli , jambu guava
- Biru / Ungu - terung , anggur , kurma , kismis , prun , blueberi
- Putih - bawang putih , bawang besar , asparagus , cendawan
- Makan satu buah atau sayur bagi setiap kumpulan warna setiap hari
- Makan 7 atau lebih hidangan sayur-sayuran atau buah-buahan setiap hari
- Makan berbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza
Thursday, October 8, 2009
Kepentingan Air
Air merupakan bahan yang penting dalam kehidupan manusia , selain daripada oksigen. Dua pertiga daripada berat badan kita adalah air. Air merupakan 95% daripada otak, hati - 90%, paru-paru - 90%, darah - 82%, manakala tulang - 35%.
Air wujud dalam badan dalam bentuk air liur ( saliva ), cecair pada sendi, bertindak sebagai pelincir dalam sistem badan, mengawalatur metabolisma, mengelakkan sembelit dan mengawal suhu badan melalui perpeluhan.
Tanpa air, sel-sel badan dan organ-organ akan gagal berfungsi. Manusia boleh hidup berhari-hari tanpa makanan , tetapi tidak tanpa air. Penurunan 2% daripada keperluan air dalam badan akan mencetuskan dehidrasi ( kekurangan air ). Tanda-tanda dehidrasi ialah kekaburan ingatan sementara, penglihatan kabur apabila membaca tulisan yang kecil, masalah dalam kira-mengira dan kelesuan.
Air memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit. Jika anda minum 8 gelas air setiap hari, anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser kolon ( usus besar ) sebanyak 45%, kanser pundi kencing sebanyak 50% dan kanser payudara sebanyak 79%. Air juga didapati dapat melegakan sakit belakang dan sendi bagi 80% pesakit.
Air menolong membersihkan dan membantu sistem penghadaman. Meminum air di antara waktu makan akan membantu menyingkirkan sisa-sisa makanan yang terperangkap.
Sembelit juga merupakan tanda dehidrasi. Air akan masuk dan keluar dari usus besar untuk mengekalkan keseimbangan air dalam badan. Bakteria baik membantu air masuk ke dalam sisa ( najis ) dan melembutkannya. Apabila kita kurang meminum air, najis akan bergerak perlahan melalui usus. Kita akan mengalami sembelit kerana air dalam usus besar akan diserap kembali ke dalam badan . Toksin akan kekal di dalam usus besar dan mungkin akan diserap balik ke dalam aliran darah. Air merupakan agen penyahtoksik yang terbaik.
Air juga membantu dalam mengawal berat badan. Satu gelas air sebelum hidangan boleh mengurangkan selera makan dan membantu kita terasa kenyang. Ini menyebabkan kita akan makan sedikit sahaja. Jika anda terasa untuk makan di antara waktu makan, minumlah segelas air. Air tidak mengandungi kalori, lemak atau kolesterol tetapi mengandungi sumber nutrien untuk badan.
Kajian terkini menunjukkan pengambilan air yang kurang akan meningkatkan kandungan lemak di dalam badan. Sebaliknya pengambilan air yang tinggi dapat mengurangkan lemak dalam badan. Tanpa air yang cukup, ginjal ( buah pinggang ) tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Akibatnya tugas ginjal akan dibebankan kepada hati, dengan itu hati pula tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
Fungsi utama hati ialah menguraikan lemak dan jika hati tidak dapat berfungsi dengan sempurna, kurang lemak yang dapat diuraikan dan lebih banyak lemak disimpan di dalam badan. Ini akan menyebabkan pertambahan berat atau tiada pengurangan berat berlaku. Untuk meningkatkan keupayaan hati menguraikan lemak dan pengurangan berat, anda perlu minum air secukupnya untuk meningkatkan fungsi ginjal dan hati.
Air bukan sahaja didapati dalam bentuk minuman. Banyak makanan yang kaya dengan air seperti salad, sup, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Subscribe to:
Posts (Atom)