Showing posts with label Kisah Burung. Show all posts
Showing posts with label Kisah Burung. Show all posts

Friday, October 1, 2010

Kisah Burung Entah Apa Namanya


Pada suatu hari, ketika sedang menyiram pokok bunga di beranda ,berdekatan dengan sliding door, saya terlihat daun pokok bunga yang kelihatan seperti dijangkiti kulat.


Setelah dibelek-belek dan ditenung-tenung, rupa-rupanya ada sejenis burung telah membuat sarang dengan menjahit daun pokok bunga tersebut.


Inilah rupa sarang burung tersebut kalau diintai dari tangkai daun. Di dalamnya ada dua biji telur burung sebesar jari kelingking. Sayang tak dapat nak ambil gambar telur tersebut, kerana susah nak masukkan muncung kamera dalam sarang yang kecil ini.


Pada suatu hari, ketika sedang berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran seperti bunyi anak burung berdecit-decit. Dah menetas ke telur-telur burung tu... ? Tu dia baby birds , 2 ekor.

Kat atas ni gambar mak burung, yang tak penat-penat mencari makanan untuk anak-anaknya. Gambar tak begitu jelas kerana diambil melalui cermin sliding door.


Ini gambar-gambar pada hari terakhir sebelum anak-anak burung ini meninggalkan sarangnya.


Comelnya ....

Macam sedih je nak tinggalkan sarangnya.

Tuesday, June 8, 2010

Kisah Burung Jerijit

Pada suatu pagi Jumaat, 3o April , ada sepasang burung jerijit berkicau-kicauan di atas tali di mana pokok anggur yang dah 4 tahun ditanam ( tapi tak berbuah jugak ) memanjat. Tali tersebut betul-betul terletak di depan sliding doors kat ruang tamu.

Keesokan harinya, 1 Mei ( 10.40 pagi ) nahh... ada rumput-rumput kering dan daun-daun kering berjuntaian pada sulur pokok anggur ( bukan pada tali...! ?? ) .


Setelah beberapa ketika, diperhatikan burung yang berkicau-kicauan semalam tu, sedang membuat sarang..kisahnya. Rupa-rupanya semalam tu tengah mesyuarat, kat mana nak bina sarang yang sesuai dan selamat.


Selepas beberapa hari, 6 Mei , 4.01 petang, sarangnya dah kelihatan macam siap dah. Ada pintu, ada awning sikit atas pintu tu dan bahagian bawah sarang ada hiasan berambu-rambu, mungkin untuk tengok arah tiupan angin supaya ibu burung boleh landing tepat pada sarangnya atau nak bagi sarang tu 'balance' sikit. Mungkin....

Selepas seminggu, ibu burung kelihatan berada dalam sarangnya pada waktu siang dan malam. Off course la sekali-sekala dia keluar cari makan. Biasanya kalau intai dari sliding doors tu,pukul 7.00 pagi, dia dah tak ada, pergi breakfast agaknya. Dah mula bertelur , mungkin sedang mengeram telur-telurnya ( berapa biji...cuba teka ) . Gambar kat bawah ni diambil pada 10 Mei, 3.53 petang.


Minggu akhir bulan Mei, tak ingat hari apa, terdengar sayup-sayup bunyi decit-decit burung. Ingatkan bunyi burung jantan, rupa-rupanya telur burung dah menetas. 28 Mei petang, semasa my sister dan anak-anaknya datang berkunjung ke rumah, saya bagitau diaorang ada burung buat sarang kat depan sliding doors kat ruang tamu tu. Masa tengah buat air teh O untuk diaorang, diaorang menjerit diaorang nampak ibu burung tengah bagi makan anaknya.


Kalau dihulurkan jari pada muka pintu sarang, anak burung akan mengeluarkan paruhnya dan mematuk-matuk jari. Diingatkan ibunya datang menyuapkan makanan. Kata orang ini burung Jerijit, makanannya madu dari bunga-bunga. Setelah diraba-raba di dalam sarangnya, rupa-rupanya anak burung tu seekor aje, anak tunggal.


Kemudian...

Maka..


begitulah


hmmm


akhirnya