Thursday, May 1, 2014

i think ! : Menu sihat

Dengan peningkatan yang agak membimbangkan dalam masalah obesiti dan penyakit-penyakit kronik yang berpunca dari nutrisi yang tidak seimbang, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mempopularkan menu sihat.

Oleh kerana makanan segera menjadi pilihan ramai , pengusaha-pengusaha makanan segera perlu menyediakan menu sihat sebagai pilihan. Menu sihat tak semestinya tak sedap dan perlu dijadikan trend terkini oleh pengusah-pengusaha makanan segera. Bak kata orang, anda mampu mengubahnya!

Chef-chef terkenal seharusnya dapat menyumbangkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk mereka resepi-resepi baharu atau mengubahsuai resepi tradisional menjadi menu yang sihat dan sedap. Hmmmm...nyum nyum. Diharapkan chef-chef dapat menyumbangkan sedikit populariti mereka untuk mempopularkan menu sihat.

Pihak media juga perlu memainkan peranan untuk menyampaikan kepentingan menu sihat kepada orang ramai. Pembuat iklan bolehlah menyumbang kreativiti mereka sebagai khidmat sosial kepada masyarakat dalam menghasilkan iklan-iklan untuk mempopularkan menu sihat.